Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Everton hidupkan pilihan lanjutan kontrak 12 bulan Abdoulaye Doucoure

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

abdoulaye-doucoure.jpg
Everton menghidupkan pilihan untuk melanjutkan kontrak pemain tengahnya, Abdoulaye Doucoure, selama 12 bulan.

Ia merupakan tempoh empat bulan terakhir yang mengubah nasib pemain kebangsaan Mali itu selepas perselisihannya dengan bekas pengurus, Frank Lampard.

Dengan kembali dimasukkan ke dalam pasukan utama selepas Sean Dyche mengambil alih tugas pengurus pasukan itu pada Januari lalu, pemain berusia 30 tahun berkenaan telah menjaringkan empat gol -- menamatkan kemarau jaringannya sejak September 2021 -- dalam sembilan perlawanan terakhir, termasuk dua gol ketika meraih kemenangan penting 5-1 ke atas Brighton awal bulan ini.

"Everton mengesahkan bahawa kelab ini telah mengaktifkan pilihan untuk melanjutkan kontrak Abdoulaye Doucoure sehingga penghujung Jun 2024," kata satu kenyataan dikeluarkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
 

Advertisement

Must Watch Video