Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

EPL: Erik ten Hag tinggalkan sidang media gara-gara soalan panas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ten-hag.jpg
Erik ten Hag enggan melayani soalan mengenai kemungkinan menemuphi musim terburuk ketika memacu Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sambil bertekad untuk tidak berputus asa bagi untuk layak ke Liga Juara-Juara (UCL). 

United yang menduduki tempat ketujuh menempa satu lagi keputusan hambar dalam kempen yang mengecewakan ini apabila memerlukan dua gol daripada Bruno Fernandes untuk seri 2-2 di Bournemouth.

United tidak pernah mengakhiri kempen di bawah kedudukan ketujuh sejak penubuhan liga pada 1992. 




"Saya enggan mengulas mengenai soalan ini," jawab Ten Hag sambil meninggalkan sidang akhbar itu selepas perlawanan sebaik ditanya mengenai prospek mengakhiri kempen di luar tempat ketujuh.

"Itu tidak penting pada masa ini."

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video