Ketiadaan empat tonggak utama Manchester United dalam sesi latihan semalam mencetuskan keresahan peminat menjelang pertemuan getir dengan Liverpool, Ahad ini.
Manchester United sedang mengejar kemenangan berturut-turut Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas kemenangan 2-0 ke atas Sunderland sebelum rehat antarabangsa.
Skuad kendalian Ruben Amorim itu mencetak keputusan selesa ke atas The Black Cats hasil penyudah separuh masa pertama daripada Mason Mount dan Benjamin Sesko, yang menyaksikan mereka kini memanjat ke tangga ke-10.
Dengan sembilan daripada 10 mata The Reds hadir di laman sendiri, ia akan menjadi cabaran getir buat mereka bertandang ke laman penyandang juara itu di Anfield.
Walaupun United bakal turun sebagai 'underdog', pelawat pastinya mahu memanfaatkan prestasi buruk seteru ketat mereka itu kebelakangan ini. Dengan berbaki tiga hari sebelum perlawanan, peranan Bruno Fernandes, Casemiro, Matheus Cunha, dan Amad masih samar apabila sekadar menjalani latihan ringan.
Dalam masa sama, Noussair Mazraoui dan Lisandro Martinez menggunakan jadual antarabangsa ini untuk mengembalikan kecergasan sejak dilanda kecederaan.

Focused faces ahead of Sunday's game ? pic.twitter.com/sEbW8IRyno
— Manchester United (@ManUtd) October 16, 2025