Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

EPL: Douglas Luiz pilih kekal di Aston Villa berbanding ke Arsenal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

douglas-luiz.jpg
Pemain tengah Aston Villa, Douglas Luiz, sah menandatangani kontrak jangka panjang bersama pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu,

Arsenal dilaporkan telah mengemukakan dua tawaran untuk mendapatkan pemain kebangsaan Brazil itu sepanjang jendela perpindahan lalu, di mana mereka dikatakan telah menghantar tawaran berjumlah £23 juta (RM120.82 juta) tetapi ia terlalu jauh berbanding £40 juta (RM210.11 juta) yang diharapkan Villa.

Kontrak terdahulu Luiz bersama pasukan bimbingan Steven Gerrard itu sepatutnya tamat pada penghujung musim ini dan pemain berusia 24 tahun itu turut dikaitkan untuk menyertai AC Milan.

Bagaimanapun, Luiz bersetuju untuk memeterai kesepakatan baru di Villa Park, yang mula disertainya pada 2019 selepas dua tahun bersama Manchester City.

Dia berkata dalam laman web rasmi pasukan itu: "Saya cintakan kelab ini. Kelab ini telah membuka pintu untuk saya ketika saya datang ke England untuk bermain dalam EPL. Saya amat gembira kerana saya dapat kekal di sini dan ini adalah pilihan saya," katanya.

Luiz dijangka akan diturunkan dalam perlawanan menentang Chelsea malam esok pada ketika pengurusnya, Gerrard, berada dalam tekanan berikutan permulaan hambar mereka musim ini.
 

Advertisement

Must Watch Video