Kevin De Bruyne mencipta sejarah selaku pemain kelima mencecah 100 bantuan jaringan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika dia membantu gol pembukaan Manchester City sewaktu menewaskan Southampton 4-1 di Stadium St. Mary awal pagi tadi.
Lintangan gemilang perancang itu mudah ditanduk masuk Erling Haaland pada penghujung babak pertama, sekali gus mencipta satu lagi penanda aras baru dalam kariernya.
Pemain kebangsaan Belgium itu merupakan yang tercepat mencapai rekod berkenaan dengan melakukannya selepas 237 perlawanan, mengatasi rekod Cesc Fabregas dengan 293 penampilan sambil Ryan Giggs, Wayne Rooney dan Frank Lampard merupakan tiga individu lain yang pernah melakukan perkara itu.
Hampir kesemua bantuan jaringan itu dilakukannya sewaktu mewakili City dan hanya satu daripadanya dilakukan sewaktu mewakili Chelsea dari 2012 hingga 2014 sebelum kembali ke pangkuan City pada 2015 selepas semusim bersama Wolfsburg.
Pemain tengah itu boleh memecahkan rekod lebih besar menjelang penghujung musim ini untuk mengatasi pencapaian 102 bantuan jaringan yang dilakukan Lampard dan 103 dilakukan Rooney.
100 Premier League assists for Kevin De Bruyne.
— Opta Analyst (@OptaAnalyst) April 8, 2023
99 for Man City, 1 for Chelsea. pic.twitter.com/kErudgP7sN