EPL
EPL: Datuk Bandar Liverpool suarakan kebimbangan atas penalti 'berlebihan' Everton
Datuk Bandar Liverpool telah menulis surat kepada badan berkuasa Liga Perdana Inggeris (EPL) mengenai penalti yang dianggapnya sebagai 'berlebihan' kepada Everton kerana melanggar peraturan kewangan liga.
Suruhanjaya bebas mengenakan sekatan ke atas The Toffees selepas kelab itu didapati mempunyai kerugian melebihi jumlah yang dibenarkan dalam tempoh tiga tahun sebanyak 19.5 juta pound.
Datuk Bandar Liverpool, Steve Rotheram telah menulis surat kepada ketua eksekutif liga, Richard Masters untuk menyatakan 'kebimbangan' beliau terhadap perkara itu.
Iklan
“Keputusan memotong 10 mata daripada Everton adalah keterlaluan, memandangkan tahap proaktif kelab itu bekerjasama dengan EPL untuk memastikan semua urusan mematuhi Peraturan Kewangan Perlawanan Adil EUFA (FFP) apabila jelas mereka hampir melanggar peraturan itu.
“Seperti apa yang telah menarik perhatian orang ramai, hukuman yang dikenakan kelihatan berat bagi pertuduhan yang dipersoalkan.
“Jika dibandingkan dengan sekatan yang diberikan kepada kelab lain kerana isu kewangan, ia mengatasi penalti sebelumnya.
“Saya menyokong sepenuhnya rayuan kelab dan menggesa untuk mengambil pendekatan lebih seimbang dan mempertimbangkan bentuk hukuman alternatif yang tidak menghukum pemain dan penyokong kelab secara tidak adil." tulis Rotheram.
Everton juga menyatakan mereka akan membuat rayuan terhadap perkara itu, dengan proses rayuan dijangka selesai dalam tempoh sepanjang musim ini.
Must-Watch Video