Chelsea bersedia menambah penjaga gol kelapan dalam skuad mereka selepas bersetuju dengan nilai bayaran RM82 juta (£17 juta) dengan Genk untuk mendapatkan Mike Penders.

Pemain berusia 19 tahun itu akan menandatangani perjanjian jangka panjang di Stamford Bridge dan kemudiannya dijangka kembali dipinjamkan ke kelab Belgium itu untuk musim akan datang.Chelsea menandatangani Filip Jorgensen dari Villarreal bulan lalu dengan harga RM99.4 juta (£20.7 juta) dan mempunyai tujuh penjaga gawang yang disenaraikan dalam skuad pasukan utama mereka, termasuk pemain nombor satu musim lalu Robert Sanchez dan Kepa Arrizabalaga, yang kembali selepas setahun dipinjamkan ke Real Madrid.

Penders membuat debut seniornya pada bulan Julai, menjadi penjaga gol ketiga termuda yang bermain dalam Liga Pro Belgium.

Pemain bawah 19 Belgium berukuran 6 kaki 7 inci itu akan menjadi pemain Chelsea yang ke-10 ditandatangani pada musim panas dan akan mengambil perbelanjaan melebihi RM720 juta (£150 juta) - dengan penyerang Atletico Madrid, Samu Omorodion dijangka menyertainya dengan segera dengan harga 165.7 juta (£34.5 juta).