Chelsea melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris sekaligus memintas Manchester United dengan kelebihan perbezaan jaringan.
Berikutan kemenangan 4-0 dalam aksi Piala FA hujung minggu lalu, mereka bagaimanapun berdepan langkah kiri apabila tewas 1-0 kepada Middlesbrough dalam aksi separuh akhir pertama Piala EFL.
Menerima kunjungan Fulham, Chelsea memastikan peluang yang diperoleh berjaya dijelmakan dengan jaringan sekaligus memastikan kemenangan ketiga berturut-turut dalam aksi liga.
The Blues memperoleh sepakan penalti selepas Raheem Sterling dijatuhkan dan Cole Palmer tenang menyumbat masuk gol tunggal melepasi penjaga gol, Bernd Leno.
Kemenangan tersebut menyaksikan skuad kendalian Mauricio Pochettino memintas Manchester United dalam kedudukan liga menerusi kelebihan jaringan.