Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Casemiro terlepas kunjungan Manchester United ke Sheffield gara-gara cedera ringan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

casemiro.jpg
Casemiro akan terlepas kunjungan Manchester United ke Sheffield United bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu ini selepas menghadapi kecederaan ringan ketika beraksi bersama skuad kebangsaannya, Brazil.

Pemain tengah itu beraksi dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Venezuela pada Jumaat lalu sebelum bertemu Uruguay lima hari kemudian.

Dalam memberikan perkembangan mengenai pemain yang dipaparkan di laman web rasmi United selepas sesi latihan Khamis lalu, pengurusan kelab itu berkata: "Casemiro tidak hadir, dia masih berada di Brazil atas nasihat yang kami berikan supaya dia mampu pulih secepat mungkin daripada kecederaan ringan yang dialaminya ketika mewakili negaranya.

"Dia tidak akan dapat beraksi untuk perlawanan menentang Blades pada Sabtu ini tetapi dijangka kembali bersama dalam sesi latihan di Carrington awal minggu depan walaupun dia akan digantung bagi aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang FC Copenhagen di Old Trafford pada Selasa ini.

United juga mendedahkan bahawa Raphael Varane sudah kembali bersama pasukan itu selepas tidak beraksi sewaktu menewaskan Brentford 2-1 sebelum waktu rehat antarabangsa.

Pemain pertahanan, Jonny Evans, yang mengalami kecederaan ketika beraksi bersama pasukan Ireland Utara, turut kembali menjalani sesi latihan sejak Khamis lalu.

Perkembangan sama turut melibatkan Sergio Reguilon dan Sofyan Amrabat, di mana Reguilon sebelum ini telah diketepikan dalam empat perlawanan terakhir United manakala Amrabat pula tidak dapat beraksi dalam perlawanan pasukan Maghribi menentang Liberia dan Ivory Coast.

Selain mereka, Luke Shaw, Tyrell Malacia, Lisandro Martinez dan Aaron Wan-Bissaka juga antara yang tidak dapat diturunkan disebabkan kecederaan, manakala Jadon Sancho masih menjalani sesi latihan di luar pasukan utama atas faktor 'menunggu penyelesaian isu disiplin'.
 

Advertisement

Must Watch Video