Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Brighton kecewa gagal hapus badi jumpa Fulham

de-zerbi.jpg
BRIGHTON 1 FULHAM 1 

Roberto De Zerbi kecewa Brighton terikat 1-1 dengan Fulham tetapi menegaskan terdapat aspek positif pada persembahan mereka di Stadium Amex, malam tadi. 


Gol penyamaan menakjubkan Joao Palhinha pada minit ke-65 membatalkan gol pembukaan Evan Ferguson ketika Fulham berjuang untuk mendapatkan mata di atas padang.

Dan De Zerbi percaya The Seagulls buntu di jentera serangan apabila melepaskan deretan peluang dalam separuh masa pertama.

“Saya benar-benar kecewa dengan keputusan ini,” kata pengurus kelahiran Itali tersebut. 




“Saya rasa kami beraksi hebat terutama tiga hari selepas perlawanan menentang Ajax di laman sendiri (menang 2-0 dalam Liga Europa).

"Ia persembahan babak pertama yang mengagumkan tetapi kami sepatutnya menyumbat lebih banyak gol lagi. 

“Dalam separuh masa kedua pula, kami beraksi dengan baik. Kami melepaskan gol hanya dalam tempoh sesaat dan apabila kami tidak menjaga jarak, kami mula hilang keseimbangan dan kemudian hanya ada sebuah pasukan yang menyerlah di atas padang (Fulham).

“Musim lalu kami hilang tiga mata ketika menentang mereka dan musim ini kami hilang lagi dua mata dan kami kecewa dengan keputusan ini.”

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video