Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Arsenal bayar terlalu mahal dapatkan Rice, kata Keane

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

declan-rice.jpg
Roy Keane berkata Arsenal membayar harga yang terlalu mahal untuk mendatangkan pemain tengah England, Declan Rice, di mana mereka membayar £105 juta (RM608.77 juta) untuk mendapatkan khidmat pemain itu.

Keane, yang melatih Rice ketika bertindak sebagai penolong jurulatih kepada Marin O'Neill ketika pemain itu mendapat tiga penampilan senior antarabangsa bersama Republik Ireland, kerap memuji Rice tetapi berasakan tidak berbaloi untuk mendapatkannya dengan tanda harga sedemikian.

Ditanya mengenai prospek pemain tengah itu menjelang aksi Perisai Komuniti (Community Shield) menentang Manchester City awal pagi tadi, Keane berkata kepada ITV1: "Dia sudah pasti akan dikelilingi pemain yang lebih baik, tuntutan yang lebih besar.
 
"Jika dia dapat bermain lebih ke atas padang, saya fikir dia pasti memilki kualiti untuk menjaringkan lebih gol. Dia jelas memiliki kekuatan fizikal, dia boleh masuk ke dalam kotak.

"Mereka jelas membayar terlalu mahal untuk mendapatkannya. Dia tidak bernilai lebih daripada £100 juta tetapi dia sememangnya pemain yang amat bagus.

"Selepas setahun dua ini, kita akan dapat tahu seberapa bagus Declan. Dia akan meningkat setiap minggu, dia seorang pemuda yang amat kuat -- sekali lagi, anda bercakap mengenai fizikal, mereka kekurangan faktor itu sepanjang sebulan dua lalu (musim lalu).

"Dia memiliki kualiti yang amat tinggi daripada segi hantaran dan mendapatkan sembilan atau 10 gol. Kita akan melihatnya tidak lama lagi," katanya.

Sebagai rekod, Rice berpindah ke Stadium Emirates dengan rekod perpindahan termahal British bulan lalu selepas membantu West Ham menjuarai Liga Persidangan Europa (UECL) .

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video