Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Amorim pertahan keputusan keluarkan Fernandes ketika Manchester United tewas kepada Nottingham Forest

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ruben-amorim.jpg
MANCHESTER UNITED 2 NOTTINGHAM FOREST 3

Pengurus Manchester United, Ruben Amorim, mempertahankan keputusannya mengeluarkan kapten, Bruno Fernandes, ketika pasukan itu tewas 2-3 kepada Nottingham Forest dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford awal pagi tadi.

Nikola Milenkovic, Morgan Gibbs-White dan Chris Wood menjaringkan gol buat Forest, sekali gus memberikan pasukan bimbingan Amorim itu kekalahan kedua berturut-turut dalam saingan liga.

Fernandes merupakan antara pemain terbaik United sepanjang perlawanan itu dan menjaringkan gol pada minit ke-61 untuk merapatkan jurang buat United, yang ketika itu ketinggalan 1-3.

Bagaimanapun, pemain kebangsaan Portugal itu dikeluarkan pada minit ke-75 untuk digantikan dengan Mason Mount dan United kemudian gagal memecahkan tembok pertahanan Forest.

"Bruno sudah terlalu letih dan saya mahu Mount beraksi di posisi itu sebagai pemain tengah kedua yang sedikit terbuka ke sebelah kiri," kata Amorim kepada Sky Sports selepas perlawanan itu.

"Joshua (Zirkzee) bermain dengan Rasmus (Hojlund) untuk mencipta kombinasi, (Leny) Yoro dikeluarkan kerana kami tidak boleh memberikannya terlalu banyak minit permainan.

"Kami memasukkan Harry Maguire untuk gerakan set-piece, untuk mengawal permainan kerana dia boleh memenangi bola pertama.

"Satu-satunya cara untuk menyerang Nottingham adalah dengan menggunakan peralihan, untuk mencuba dan memenangi bola pertama dan kedua.

"Apabila Harry masuk ke padang, dia memenangi semua bola pertama," katanya.

United kini jatuh ke tangga ke-13 EPL selepas turut tewas 0-2 kepada Arsenal di Stadium Emirates pada Khamis lalu.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video