England perlu menamatkan prestasi tidak konsisten jika mahu mencapai potensi mereka dalam Piala Dunia, kata bekas jurulatih Sepanyol, Javier Clemente.
Pasukan Gareth Southgate itu melayakkan diri ke pusingan akhir Russia 2018, dengan menang lapan dan seri dua daripada 10 perlawanan mereka untuk menamatkan saingan dengan lapan mata di depan skuad tangga kedua, Slovakia.
Tetapi senario sedemikian bukanlah sesuatu yang baru buat England, yang sering mudah melepasi fasa awal sebelum tersungkur awal dalam kejohanan utama, dengan contoh terbaru adalah ketika mereka disingkirkan Iceland dalam pusingan 16 Euro 2016.
Clemente, yang melatih Sepanyol untuk Piala Dunia 1994 dan 1998, percaya bahawa prestasi tidak konsisten itu adalah isu terbesar England menuju ke kejohanan tersebut tahun ini.
"Pasukan terbaik Eropah adalah Jerman, Perancis dan Sepanyol, tidak syak lagi," katanya kepada Omnisport.
"Selepas itu, ada pasukan lain yang mampu bermain bola sepak yang baik -- tetapi tiga skuad terkuat adalah Jerman, Perancis, dan Sepanyol.
"Saya mengharapkan England berada di dalam kumpulan ini tetapi saya tidak tahu kerana England adalah pasukan turun naik.
"Mereka boleh bermain dengan hebat tetapi mereka juga boleh kalah dengan mana-mana pasukan. Saya tidak tahu sebabnya, kamu perlu berada di dalam (bola sepak Inggeris) untuk tahu.
"Ada sesuatu di mana pemain Inggeris terlepas dalam detik-detik penting. Namun, saya seorang peminat bola sepak Inggeris.
"Saya selalu mahu mereka menang kerana saya sukakan mereka tetapi itu hanya pendapat peribadi saya, bukan analisis taktikal bola sepak Inggeris. Saya selalu bercakap tentang England kerana saya sukakan mereka."