Pengendali Roma, Eusebio Di Francesco, meluahkan rasa kagum dengan Jurgen Klopp bersama Liverpool tetapi menolak cadangan untuk menyertainya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Di Francesco telah membantu Roma untuk melepasi suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) buat kali pertama sejak mereka tewas kepada Liverpool dalam final Piala Eropah pada 1984.
Kedua-dua kelab itu akan bertemu di Anfield bagi aksi separuh akhir pertama awal pagi esok.
Klopp telah menegaskan bahawa beliau tidak memiliki sebarang niat untuk berhijah ke Itali kerana tidak memahami bahasa mereka, pandangan sama yang turut diberikan oleh Di Francesco yang kurang fasih berbahasa inggeris.
"Ia bukan keutamaan saya buat masa ini," katanya.
"Buat masa ini, saya memberikan tumpuan kepada Roma tetapi dalam bola sepak, apa-apa sahaja boleh berlaku," tambahnya.