Unai Emery mempertahankan Arsenal daripada kritikan selepas tiada seorang pun daripada pemainnya terpilih untuk mewakili England.
The Gunners merupakan satu-satunya pasukan dalam kelompok enam teratas liga yang tidak mempunyai sebarang pemain untuk terpilih mewakili skuad bimbingan Gareth Southgate itu dalam pusingan kelayakan Euro 2020 menentang Republik Czech dan Montenegro baru-baru ini.
Danny Welbeck mungkin akan terlibat dalam kempen itu andai dia tidak tercedera, namun Emery mengakui Arsenal sepatutnya perlu memberikan sumbangan yang lebih besar buat skuad kebangsaan negara itu.
Bagaimanapun, dia berkeyakinan terdapat beberapa bakat muda di Stadium Emirates yang akan menembusi skuad utama Arsenal dan England.
"Danny mewakili pasukan kebangsaannya sebelum ditimpa kecederaan, namun saya berasakan ia benar, setiap pasukan perlu mempunyai pemain Inggeris," katanya.
Apabila diduga dengan persoalan sama ada Arsenal mempunyai bakat muda yang mampu menjamin masa depan bola sepak England, Emery berkata: "Ya, sudah pasti kami ada.
"Kami mempunyai pemain yang kini menyertai skuad B-18, B-19, B-20 dan B-21 England.
"Kami memiliki ramai daripada mereka yang berpotensi besar untuk dikembangkan untuk bersama kami pada masa akan datang, juga dengan skuad kebangsaan."
Masa depan Welbeck dengan kelab itu masih menjadi tanda tanya dengan terdapat laporan mendakwa The Gunners tidak akan melanjutkan kontrak pemain itu yang akan tamat hujung musim ini.
Buat masa ini, Emery hanya mahu memikirkan tentang kepulangan penyerang itu daripada kecederaan buku lali bagi menghadapi baki saingan musim ini.
"Dia menunjukkan perkembangan yang amat baik. Dia sudah beransur pulih dan sudah mula menyentuh bola.
"Dia semakin pulih daripada kecederaan itu.
"Ia amat sukar untuknya melalui perlawanan-perlawanan musim ini, namun dia kini sudah semakin pulih.
"Berdasarkan saranan doktor, dia mungkin akan dapat beraksi dalam minggu terakhir musim ini," katanya.
Arsenal akan meneruskan saingan Liga Perdana Inggeris dengan menantikan kunjungan Newcastle United, awal pagi Selasa ini, dengan kemenangan Manchester United ke atas Watford, awal pagi tadi, meletakkan mereka di tangga kelima liga.
Emery percaya barisan pemainnya mempunyai kualiti untuk menjamin kedudukan empat teratas musim ini bagi mengembalikan mereka ke pentas Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
"Kami layak untuk menghadapi waktu penting seperti ini dan kekal optimis untuk menamatkan musim ini di tangga empat teratas.
"Apabila kami berada di kedudukan tercorot selepas tewas kepada Manchester City dan Chelsea pada awal musim ini, saya tidak menjangkakan kami mampu berada di kedudukan seperti ini.
"Newcasatle merupakan lawan sukar dan kami memerlukan satu lagi prestasi hebat," tambahnya.