Jurulatih baru skuad B23 negara E. Elavarasan, enggan memberikan janji bulan dan bintang mengenai misi ke Sukan Olimpik Paris 2024 walaupun itu mungkin antara Indeks Prestasi Utama (KPI) buat barisan kejurulatihan skuad muda negara.
Sebaliknya, Elavarasan yang akan dibantu bekas pencari bakat Barcelona FC, Juan Torres Garrido, mahu peminat bersikap realistik berdasarkan kedudukan semasa skuad kebangsaan.
"Saya berharap semua memahami bahawa Malaysia berada di ranking ke-26 Asia dalam usaha untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik," kata Elavarasan.
"Bagaimanapun, kami tetap akan berusaha menggunakan kemampuan dengan sebaik mungkin dalam menghasilkan permainan terbaik buat skuad B23 negara."
"Perkara paling penting adalah staf kejurulatihan yang lengkap dapat berusaha bagi memastikan objektif dapat dicapai," kata Garrido.
Penolong jurulatih kebangsaan, E. Elavarasan, dilantik sebagai ketua jurulatih untuk memacu skuad B-23 negara menghadapi beberapa kejohanan utama tahun depan.
Elavarasan diumumkan dilantik untuk mengisi jawatan itu bagi menggantikan bekas pemain tengah Australia, Brad Maloney, yang meninggalkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dua bulan lalu.
Dia akan dibantu oleh barisan kejurulatihan yang terdiri daripada Juan Torres Garrido dari Sepanyol (penolong), Jihyeon Park dari Korea Selatan (jurulatih kecergasan), Lee Jeyoon juga dari Korea Selatan sebagai jurulatih analisis prestasi.