Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Elavarasan beri bayangan lakukan rombakan

elavarasanb8ecd30a3d81604aa734ff0000212b38.jpg

Jurulatih PKNS, E. Elavarasan, menyuarakan kebimbangan andai anak buahnya gagal bangkit selepas lapan aksi awal Liga Super, ia akan memburukkan lagi keadaan di akhir  musim nanti.

Menurut rekod, 14 jaringan dan 16 bolos setakat ini mencetuskan kebimbangan Elavarasan.

Baginya, 16 bolos dalam lapan perlawanan adalah jumlah yang besar dan mengakui situasi itu sering menyebabkan tekanan terhadap pemain.

"Apabila pihak lawan menjaringkan gol dan kami ketinggalan, ada pemain yang mula putus asa tetapi apabila kami mendahului, tempo perlawanan mula meningkat dan pemain mula beraksi baik.

"Dalam kebanyakkan perlawanan di mana kami tewas, ketika itu mesti kami bolos dahulu," jelas Elavarasan.

Pengendali berusia 52 tahun itu mahu melihat perubahan daripada anak buahnya, jika tidak, dia tidak akan teragak-agak melakukan rombakan sebaik jendela perpindahan kedua pemain Jun ini dibuka.

"Kami kena perbaiki barisan pertahanan, mereka perlu bekerjsama dengan pemain di posisi lain," tambahnya.

PKNS bakal berdepan Kedah untuk aksi Liga Super, awal bulan depan.

Advertisement

Must Watch Video