Bekas kapten skuad kebangsaan, Shukor Adan, menyifatkan pelaksanaan Pogram Kawalan Ekonomi (ECP) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) musim ini sebagai satu rahmat buat pemain dalam memastikan isu tunggakan gaji tidak berulang.
Shukor, yang menyarung jersi Kuala Lumpur musim ini, melihat pelaksaan ECP sebagai satu ikatan buat pengurusan setiap pasukan untuk melunaskan komitmen terhadap pemain masing-masing.
Dalam masa sama, dia mengakui kecewa kerana pemain kerap dipersalahkan jika bersuara dalam isu itu sedangkan ia berpunca daripada kegagalan pihak pengurusan untuk mengendalikan kewangan pasukan dengan baik.
"ECP dapat memberikan banyak bantuan kepada pemain bola sepak.
"Seperti yang kita tahu, ECP akan menyediakan bajet, perjanjian, tajaan, dan banyak lagi.
"Saya rasa ia bagus untuk kebajikan pemain," katanya.
Salah satu objektif ECP ialah memastikan setiap pasukan hanya berbelanja mengikut keupayaan kewangan mereka dan tidak mengambil pemain di luar kemampuan mereka.
MFL sebelum ini menjalankan kerjasama dengan badan pengelola Liga Sepanyol, LaLiga, bagi menjayakan program secara berperingkat itu bermula musim ini.
Shukor, yang terpalit dengan isu tunggakan gaji selama dua musim berturut-turut, mengakui berasa simpati dengan nasib segelintir pemain muda yang baru memulakan karier profesional tetapi terperangkap dengan isu tunggakan gaji bersama pasukan masing-masing.
"Saya bukan bercakap untuk diri saya, saya sudah lama bermain bola.
"Tetapi kita sedang bercakap untuk generasi yang akan datang.
"Sampai bila masalah ini akan berlaku?
"Sampai bila pemain yang berminat untuk bermain bola sepak ditindas oleh persatuan?" soalnya.
Editor: Muzaffar Musa