Susulan isu pemain pencen awal dalam liga tempatan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memilih program kawalan ekonomi (ECP) sebagai konsep yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah pengangguran pemain berbanding memperkenalkan had gaji siling pemain.
Senario bola sepak Malaysia berdepan situasi membimbangkan apabila ramai pemain tempatan sukar mendapat tempat untuk beraksi.
Situasi paling buruk berlaku menjelang musim 2020 kerana melibatkan beberapa pemain ternama seperti Mahali Jasuli dan Norshahrul Idlan Talaha, sekali gus menggambarkan jangka hayat seseorang pemain tidak lama.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, melihat pelaksanaan ECP mampu membantu.
"Dalam liga lebih moden, mereka mewujudkan had gaji siling yang telah diubah kepada ECP, di mana peraturan kewangan kegunaan pasukan secara keseluruhan dibentuk. Kami lihat Liga Malaysia lebih stabil ketika ini dan untuk akan datang," katanya.
Sebelum ini, Nadi Arena mendedahkan perubahan ketara bola sepak dalam negara juga menyebabkan pasaran rata-rata pemain tempatan jatuh mendadak.
Ia membabitkan penurunan sebanyak 50 peratus sejak dua tahun lalu tetapi Stuart menolak dakwaan Liga Malaysia tidak berkembang.
"Daripada pembangunan liga amatur seperti Liga M4 dan Liga M3 sambil struktur sama Liga Super dan Liga Perdana yang masih melibatkan 12 pasukan setiap satu, saya rasa lebih banyak peluang untuk pemain beraksi dalam struktur bola sepak negara."
Sementara itu, ketua jurulatih PJ City, K. Devan, menyifatkan sikap pemain sendiri sebagai penentu nasib dan masa depan untuk mereka kekal beraksi lebih lama dalam Liga Malaysia.
Bekas pengendali Selangor itu menegaskan pemain perlu mempunyai keazaman untuk mengerah keringat tanpa memikirkan tuntutan gaji yang terlalu tinggi tatkala Setiausaha Agung Felda United, Afizal Abu Othman, melontarkan pendapat tersendiri.
"Yang penting pemain perlu fikir bahawa mereka harus beraksi. Tidak perlu kejar wang. Apa yang penting adalah kepuasan mereka beraksi.
"Daripada situ, mereka perlu mencari peluang lebih baik. Jika fokus kepada gaji dan tiada peluang bermain, bagi saya ia tidak sesuai," kata Devan.
Afizal pula mengulas: "Pengalaman dan pengajaran dalam dua atau tiga tahun telah mematangkan kelab.
"Kami juga kasihan kepada pemain kerana tidak mendapat gaji. Jika tiada pemain, tiada kelab tetapi dalam masa sama, dasar yang diputuskan pengurusan tertinggi pasukan perlu diikuti."
Editor: Nafis Abdullah