Penyerang Argentina, Paulo Dybala, mahu bekas rakan sepasukannya di Juventus yang kini mewakili Manchester United, Paul Pogba, agar kembali bersamanya di Itali.
Pogba meninggalkan Juve pada 2016 untuk ke Old Trafford tetapi dilihat bergelut untuk mengekalkan penampilan terbaik dalam Liga Perdana Inggeris.
Pemain berusia 25 tahun itu digugurkan oleh Jose Mourinho dalam beberapa aksi musim 2017/18 sehingga mewujudkan spekulasi dia bakal kembali menyarung jersi juara Serie A itu.
Selepas ketiadaan Pogba, Dybala menggunakan jersi nombor 10 milik tonggak tengah Perancis itu tetapi kini menyatakan kesediaan untuk kembali berganding dengan Pogba.
"Apabila mendengar dia bakal kembali, saya sangat gembira kerana ia lebih daripada sekadar hubungan baik saya dengannya. Kini, kami tidak boleh berhenti berhubung menerusi panggilan video dan kami akan kembali berlatih bersama," kata Dybala.
"Saya senang beraksi dengannya di atas padang. Terdapat banyak jenis perasaan antara kami dan hubungan kami di luar padang juga amat baik.
"Kami sentiasa mengucapkan selamat, mencipta cara baru meraikan jaringan, sama seperti sewaktu gaya menyentuh jari selepas menonton Dragon Ball Z."
Dybala dan Pogba mungkin akan berentap dalam Piala Dunia 2018 selepas Perancis dan Argentina dijangka melangkah jauh dalam saingan di Russia.