Massimiliano Allegri masih tidak pasti sama ada mahu menurunkan Paulo Dybala atau Moise Kean bagi menggantikan Mario Mandzukic dalam suku akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah menentang Ajax di Turin, awal pagi esok.
Pemain berpengalaman, Mandzukic, yang diturunkan dalam kesebelasan pertama ketika terikat 1-1 di Amsterdam minggu lalu, akan terlepas aksi kedua itu kerana kecederaan lutut.
Pemain pertahanan, Giorgio Chiellini, akan turut terlepas perlawanan berkenaan ekoran masih belum pulih daripada kecederaan betis, namun isu pemilihan pemain utama Allegri lebih menjurus kepada jentera serangan.
Penyerang muda, Kean, membuktikan kesungguhannya untuk menyertai Cristiano Ronaldo dan Federico Bernardeschi sebagai trio serangan utama dengan menjaringkan enam gol dalam kesemua kejohanan musim ini, termasuk satu ketika Juve tewas kepada SPAL, Sabtu lalu.
Dybala pula memaparkan aksi kurang meyakinkan sepanjang musim ini, namun permain berusia 25 tahun itu berkemungkinan akan menggantikan Chiellini sebagai kapten andai diturunkan dalam perlawanan berkenaan.
"Saya masih perlu memilih siapa yang akan bermula di jentera serangan," kata Allegri dalam sidang media sebelum perlawanan.
"Ia mungkin Dybala atau Kean, atau mungkin bukan kedua-dua mereka. Jika salah seorang daripada mereka diturunkan, jadi (Mattia) De Sciglio atau (Joao) Cancelo perlu disingkirkan.
"Ia bergantung kepada keputusan saya malam esok.
"Jika Dybala beraksi, dia akan memakai lilitan kapten.
"Jika tidak, (Leonardo) Bonucci akan memegang peranan itu.
"Mandzukic mengalami masalah dengan lututnya dan masih bergelut untuk berlatih 100 peratus sejak perlawanan dengan AC Milan (6 April lalu).
"Perlawanan ini lebih sesuai buat mereka yang berada di tahap terbaik kerana mereka perlu memberikan segala-galanya," katanya.
Ajax turut berdepan masalah kecederaan tersendiri dengan bintang tengah, Frenkie de Jong, masih belum pasti dapat diturunkan kerana kecederaan paha.
"Jika De Jong diturunkan dalam perlawanan itu, kami perlu memberikan tekanan terhadapnya," tambah pengendali kelahiran Itali itu.
"Bagaimanapun, kami perlu memenangi perlawanan esok untuk layak ke pusingan seterusnya tanpa mengira sama ada dia akan beraksi atau tidak.
"Ia pasti akan menjadi aksi fizikal.
"Kami perlu berhati-hati dengan serangan balas mereka dan perlu beraksi lebih baik berbanding perlawanan pertama," tambahnya.