Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, enggan menyalahkan barisan penyerangnya yang diketuai Gilmar Da Silva Filho ekoran keputusan seri 1-1 dengan Terengganu FC (TFC), malam tadi.
Aksi pemain kelahiran Brazil itu, menurutnya, cukup menakjubkan walaupun melepaskan dua peluang terbaik untuk menjadi penjaring gol skuad The Bos Gaurus.
Malah, Durakovic juga belum mahu menekan butang panik susulan kemarau kemenangan Perak dalam empat perlawanan Liga Super setakat ini.
"Berdasarkan aksi malam ini (semalam), kami seharusnya menang mudah dengan tiga atau empat gol daripada peluang yang ada.
"Saya gembira kerana Perak beraksi cukup baik dan semua pemain menunjukkan permainan menakjubkan," katanya.
Mengulas lebih lanjut perlawanan malam tadi, Durakovic menyifatkan Perak lebih berhak pulang ke Ipoh dengan tiga mata, namun dikecewakan ketangkasan penjaga gol lawan.
Mendahului menerusi jaringan Wander Luiz (m-71), Perak terpaksa akur dengan keputusan seri selepas pemain TFC, Lee Tuck, menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-90.
"Kami menguasai permainan dengan bola sepak yang menarik dan saya tidak menyalahkan pemain kerana Perak cukup bagus sepanjang 90 minit," jelas Durakovic.