Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, menagih ketajaman penyudah untuk pasukannya mengakhiri kemarau kemenangan dalam saingan Liga Super musim ini apabila menentang Petaling Jaya City FC di Ipoh, esok.
Jentera serangan Perak dilihat agak tumpul selepas sekadar meraih tiga gol daripada empat perlawanan setakat ini.
Lebih memeranjatkan, penyerang utama yang menyinar musim lalu, Gilmar Da Silva, sekadar mencatat satu gol dan itupun menerusi sepakan penalti.
Situasi itu membuatkan penyokong skuad The Bos Gaurus menuntut agar Perak memperbaiki statistik itu dan Durakovic mengakui ia perlu dimulakan dengan aksi berdepan PJ City.
"Saya tahu Gilmar adalah individu dan pemain yang bagus. Kami memiliki pemain yang baik dan masa akan menentukannya. Sebagai penyerang, ia tidak mudah," kata Durakovic.
"Anda dihidangkan banyak peluang tetapi jika anda melepaskannya, ia akan dikritik. Itu normal dan adil tetapi saya yakin apa yang mampu dia lakukan.
"Kami memerlukan tiga mata dan ia boleh diraih jika fokus sepanjang permainan. Kami beraksi di laman sendiri dan mata penuh menjadi sasaran kami," tambahnya.