Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Durakovic harap Perak kekal rentak cemerlang

mehmet-durakovic_3.jpg
Mehmet Durakovic berharap Perak mampu untuk meneruskan rentak kemenangan apabila turun bertemu Melaka di Stadium Hang Jebat, malam ini.

Selepas memecahkan kebuntuan kemenangan dengan menewaskan Petaling Jaya City (PJC) FC 1-0 di Ipoh, 10 Mac lalu, jurulatih itu menagih kemenangan kedua daripada anak buahnya.

"Kejayaan ke atas PJC FC itu penting kerana ia menamatkan kemarau kemenangan kami.

"Kami akan bertandang ke Melaka, jadi saya mengharapkan barisan pemain mampu untuk mengulangi persembahan bertenaga seperti sebelum ini.

"Lebih penting lagi, jentera serangan perlu menyempurnakan setiap peluang diperoleh," katanya.

Begitupun, Durakovic sedar akan kehebatan skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan itu yang belum tumpas di gelanggang sendiri setakat ini.

Baginya, Melaka bukan calang-calang pasukan dan telah mengutip 10 mata hasil tiga kemenangan, satu seri dan dua kekalahan.

Jurulatih dari Australia itu, bagaimanapun, yakin anak buahnya sudah bersedia untuk mengharungi perlawanan mencabar itu.

Menurut Durakovic, di sebalik tiga pemain yang masih cedera, iaitu Amirul Azhan Aznan, Brendan Gan dan Nasir Basharuddin, Perak akan membariskan barisan terbaiknya dalam perlawanan itu.

"Lima pemain kebangsaan sudah menyertai semula latihan pasukan dan akan berada dalam kesebelasan utama malam ini.

"Pemain lain juga sudah bersedia untuk mengerah kudrat masing-masing," ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video