Perak akan cuba mengusahakan yang terbaik biarpun berdepan tugas berat apabila turun menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.
Ketua jurulatih The Bos Gaurus, Mehmet Durakovic, yakin anak buahnya berupaya menangani situasi 'panas' berdepan anak buah Irfan Bakti Abu Salim itu.
"Memang kami berdepan tugas berat malam ini tetapi kami akan cuba untuk menghasilkan keputusan yang baik.
"Terengganu pasukan yang kuat, tambahan pula mereka bermain di gelanggang sendiri, " katanya.
Durakovic berharap jentera serangan Perak akan menyengat dan lebih tajam agar dapat menyudahkan peluang.
Katanya, ketika menentang Felda United di Ipoh pada 24 Februari lalu, Perak mencipta banyak peluang tetapi gagal diterjemahkan menjadi gol.
"Pemain Perak kena sudahkan peluang yang dimiliki. Jika tidak, tiada makna segala usaha dan peluang dimiliki itu," katanya.
Jurulatih itu berkata Perak akan turun tanpa Nazirul Naim Che Hashim dan Brendan Gan yang masih merawat kecederaan masing-masing.
"Saya akan melakukan rombakan untuk mengimbangi pasukan berikutan ketiadaan dua pemain itu.
"Siapa yang akan diturunkan belum pasti kerana saya perlu tunggu sebelum membuat keputusan kerana bimbang berlaku sesuatu pada saat-saat akhir, " ujarnya.