Seluruh pasukan Selangor bersama staf dan barisan kejurulatihan menyambut kepulangan dua pemain mereka iaitu perancang tengah, Noor Al-Rawabdeh, dan pemain pertahan, Mohammad Abualnadi, pulang kembali ke kem latihan pasukan itu.
Ia susulan dua pemain Jordan itu merupakan antara tonggak yang akan beraksi di pentas tertinggi dalam sukan bola sepak iaitu Piala Dunia 2026 nanti.
Untuk rekod, Jordan menamatkan saingan pusingan ketiga, Kumpulan B, Kelayakan Piala Dunia 2026 di kedudukan kedua di belakang Korea Selatan sekali gus mengesahkan slot mereka ke kejohanan berprestij itu.
Dua pemain Selangor ini merupakan sebahagian daripada skuad The Red Giants serta akan menjadi wakil daripada Liga Malaysia (Liga-M) untuk bermain di Amerika Syarikat (AS) tahun depan bagi saingan Piala Dunia.
"Kami akan sentiasa menyokong anda tidak kira dimana anda berada. Walaupun kamu di Amerika Syarikat, Mexico, Canada, tidak kira kerana kami akan bersama dengan anda.
"Selamat berjaya untuk Noor dan Mo (Albualnadi) untuk Piala Dunia." kata jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi.