Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Dua gol lewat Alcacer lonjak Dortmund ke puncak

alcacer.jpg
BORUSSIA DORTMUND 2 WOLFSBURG 0

Paco Alcacer menjaringkan dua gol dalam waktu kecederaan yang membantu Borussia Dortmund berkelebihan dua mata ke atas pencabar terdekat Bundesliga, Bayern Munich, dengan menewaskan Woflsburg 2-0, seminggu sebelum kedua-dua seteru itu bertemu dalam pertembungan 'Der Klassiker'.


Bayern diikat Freiburg dalam perlawanan yang berlangsung serentak awal pagi tadi dan Dortmund kelihatan akan menempa nasib sama sebelum Alcacer merembat kencang gol sepakan percuma serta menyempurnakan serangan balas pantas sebagai penutup sensasi perlawanan di Signal-Iduna-Park itu.

Kapten Dortmund, Marco Reus, yang menjaringkan gol kemenangan dalam aksi sama di gelanggang lawan dalam pusingan pertama Bundesliga, tidak dapat menyertai perlawanan itu kerana sedang bersedia untuk mendapatkan cahaya mata manakala Christian Pulisic turut diketepikan ekoran kecederaan.

Tanpa pengaruh Reus, skuad kendalian Lucien Favre itu bergelut untuk menembusi kubu Wolfsburg, yang turun ke tangga kelapan susulan kekalahan tersebut, sebelum Alcacer menyelamatkan keadaan.

Alcacer menyepak tinggi peluang awal yang dicipta Mario Gotze, namun saat terbaik dalam babak pertama adalah ketika Roman Burki memberikan reaksi luar biasa untuk menepis keluar sepakan lencong Wout Weghors.

Dortmund gagal memberikan ancaman buat penjaga gol Wolfsburg, Koen Casteels, sebelum waktu rehat dengan Dan-Axel Zagadou gagal menanduk masuk peluang terbuka ketika burung merpati yang berterbangan di sekitar padang lebih menghiburkan penonton di Signal Iduna Park.

Jadon Sancho memaksa Casteels untuk melakukan aksi menyelamat cemerlang pada sejam perlawanan manakala percubaan Raphael Guerreiro turut dinafikan bagi menggambarkan malam penuh kekecewaan buat Dortmund yang turut mengeluarkan Abdou Diallo dan Achraf Hakimi ekoran kecederaan.

Bagaimanapun, Dortmund melonjak ke tangga teratas Bundesliga menjelang tujuh hari sebelum pertembungan di Arena Allianz apabila Alcacer menewaskan Casteels menerusi sepakan percuma dari jarak 20 ela sebelum memanfaatkan hantaran Sancho bagi melengkapkan keputusan perlawanan dalam waktu kecederaan.

Advertisement

Must Watch Video