ARSENAL 3 RENNES 0
(Arsenal ke suku akhir dengan agregat 4-3)
Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan gol berganda bagi memastikan laluan Arsenal ke suku akhir Liga Europa dengan agregat 4-3 selepas menewaskan Rennes 3-0 di Stadium Emirates, awal pagi tadi.
Wakil Ligue 1, Rennes, membawa kelebihan 3-1 daripada perlawanan pertama, namun Aubameyang dan Ainsley Maitland-Niles menyamakan kedudukan agregat dalam 15 minit pertama perlawanan kedua.
Rennes berpeluang untuk melangkah ke suku akhir andai percubaan M'Baye Niang tidak terkena palang sebelum Aubameyang memastikan kemaraan The Gunners menerusi jaringan kedua peribadi pada minit ke-72.
Hanya satu pasukan Eropah pernah menterbalikkan defisit agregat 3-1 dalam perlawanan kedua -- Fulham membenam gergasi Serie A, Juventus, dalam edisi 2009-10 -- namun kemaraan Arsenal ke suku akhir itu menyaksikan mereka berkemungkinan akan berdepan seteru London, Chelsea.
Arsenal memerlukan jaringan awal dalam aksi di Stadium Emirates itu dengan gandingan Maitland-Niles dan Aaron Ramsey mengumpan bola yang mudah ditolak masuk Aubameyang pada minit kelima.
The Gunners kemudian mengikat kedudukan agregat selepas Maitland-Niles meluru masuk ke 'back post' untuk menanduk rendah bola hantaran lintang Aubameyang -- ketika pemain Rennes menyangkakan dia berada di kedudukan ofsaid.
Bagaimanapun, tindakan mereka mengendurkan asakan hampir mengundang padah apabila larian Hatem Ben Arfa -- pemain yang disisihkan pengurus Arsenal, Unai Emery, sewaktu di Paris Saint-Germain (PSG) -- berkesudahan dengan percubaan lemah ke arah Petr Cech.
Rennes tidak bernasib baik selepas waktu rehat apabila Niang, yang sudah menewaskan bekas penjaga gol Rennes, Cech, gagal memanfaatkan kesempatan itu untuk melakukan percubaan yang sekadar menggegar palang.
Pemain gantian, Alex Iwobi, melakukan rembatan deras yang tersasar dari dalam kotak penalti sebelum Aubameyang menebus kegagalan itu dengan penyudah menariknya pada minit ke-72.
Henrikh Mkhitaryan melepasi kawalan Sead Kolasinac dari sebelah kiri padang untuk melakukan hantaran lintang rendah yang mudah ditolak masuk Aubameyang, yang meraikan jaringan itu dengan memakai topeng Black Panther.