Jurulatih Pahang, Dollah Salleh, tidak mahu kealpaan sekali lagi menjadi punca kekalahan skuadnya kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) musim ini dan dia menagih kemenangan selesa dalam aksi pertama suku akhir Piala FA di Stadium Darulmakmur, esok.
Dollah sudah menjangkakan kesukaran yang bakal dihadapi anak buahnya menjelang pertembungan itu.
Keutamaan jurulatih itu adalah konsentrasi anak buahnya yang dianggap amat penting bagi menjamin Pahang tidak kecundang di laman sendiri.
Kekalahan 2-3 kepada JDT di Stadium Larkin dalam saingan Liga Super baru-baru ini memberi pengajaran yang cukup baik buat skuad Tok Gajah agar tidak cepat mengalah dalam apa jua situasi.
"Kami agak leka sedikit selepas kami mendahului 1-0 dan JDT mendapat penalti. Di situ, pemain-pemain mungkin kecewa dan saya rasa pemain perlu ambil kelebihan bermain di tempat sendiri," katanya.
"Saya percaya pemain-pemain sudah bersedia dan Insya-Allah esok akan berbeza daripada di Larkin baru-baru ini."
Pahang perlu mencari kemenangan selesa di Kuantan bagi memastikan bekalan selesa menjelang aksi timbal balik di Johor Bahru nanti
"Kami fokus untuk perlawanan esok, jadi kami tidak banyak berlatih hari ini. Hari ini pemain diberi rehat."
Tiga pertemuan terakhir kesemuanya berpihak kepada JDT selepas skuad Dollah turut tewas 0-3 pada 18 Mei tahun lalu dan tewas 0-6 tiga hari kemudian.