Jurulatih Pahang, Dollah Salleh, lega dengan persembahan anak buahnya ketika membaham PKNP FC 3-0 di Seri Manjung, malam tadi.
"Alhamdulillah kami meraih mata penuh selepas seri dua perlawanan sebelum ini.
"Pemain Pahang beraksi cemerlang, terutama dalam babak kedua," katanya.
Bagaimanapun, jurulatih itu mengakui barisan pemainnya tidak beraksi seperti diharapkan dalam babak pertama walaupun mendapat gol awal.
"Kami mendapat gol awal tetapi ia tidak memberi kesan kepada semangat pemain.
"Hanya dalam separuh kedua barulah kami dapat momentum dan berjaya menambah dua gol lagi," katanya.
Lebih melegakan Dollah ialah ketiadaan tiga tonggak Safuwan Baharuddin, Herold Goulon dan Muslim Ahmad tidak menjejaskan persembahan mereka.
"Ketiadaan mereka tidak menjejaskan kami. Jadi, ia petanda baik menjelang pertemuan dengan Kedah di Kuantan, Jumaat ini.
"Saya kena balik ke Kuantan dan lihat keadaannya. Apa yang pasti Safuwan dan Goulon boleh beraksi. Cuma Muslim tidak pasti," ujarnya.
Apapun, Dollah menjangkakan pertarungan sengit di antara kedua-dua pasukan dalam usaha mengukuhkan kedudukan serta mencabar pendahulu, Johor Darul Ta'zim (JDT).