Eric Dier mahu peminat England datang beramai-ramai ke Russia untuk memberi sokongan buat The Three Lions menjelang aksi separuh akhir Piala Dunia menentang Croatia, awal pagi Khamis ini.
Pemain tengah Tottenham Hotspur itu menjadi wira ketika England meraih kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti dalam pusingan 16 sebelum menjadi pemain gantian pada saat-saat akhir sewaktu pasukannya mengatasi Sweden 2-0 di Samara Sabtu lalu.
Dianggarkan hanya 3,000 orang penyokong England yang berada di Russia ketika ini tetapi Dier menggesa mana-mana penyokong yang bercadang untuk bercuti agar membeli tiket ke Russia secepat mungkin.
"Ya, saya mencadangkan agar peminat-peminat England untuk datang. Setakat ini, segala-galanya tampak hebat," kata Dier.
"Kejohanan, organisasi serta semua perkara di sini ternyata hebat.
"Saya pasti penyokong-penyokong England di sini telah menyaksikannya dan berharap agar peminat yang berada di rumah akan melihat perkara sama."
Dalam masa sama, pengurus pasukan, Gareth Southgate, dan seluruh pasukan dilihat kekal tenang walaupun England berjaya ke separuh akhir tatkala seluruh England bersemangat dengan slogan "football's coming home".
"Berada jauh dari laman sendiri menjadikannya lebih mudah. Jelas sekali jika anda berada di England, kegilaan dapat disaksikan di merata tempat tetapi kami berada jauh daripadanya.
"Kami harus kekal fokus dan melakukannya dengan baik sehingga kini. Kami berharap dapat meneruskannya.
"Ia memberi makna segalanya dalam usaha untuk mencipta sejarah kami sendiri. Kami melakukannya dalam setiap perlawanan dan cuba melangkah sejauh yang boleh.
"Saya rasa kami telah berkembang dengan baik dan menunjukkan tahap terpuji sejak peringkat awal.
"Ternyata kualiti pasukan sentiasa dapat berkembang dan kami akan cuba meneruskannya. Saya rasa kami telah mempamerkan disiplin yang baik, mentaliti yang hebat serta keinginan yang tinggi sejak dari awal," katanya lagi.