Skip to main content

Bola Sepak

Dibuang ke rumah yatim ketika berusia dua tahun, kini ibu bapa bekas pemain Arsenal tuntut wang jagaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

perez.jpg
Lucas Perez, penyerang kelahiran Sepanyo berusia 36 tahun itu, cukup terkenal ketika bersama Arsenal, melewati pengalaman kehidupan yang cukup pahit, termasuk ditinggalkan oleh ibu bapa, berdepan proses penceraian dan kehilangan hak jagaan anak-anaknya. 

23 Februari, Perez menandatangani knotrak jangka pendek bersama kelab Belanda, PSV Eindhoven, secara percuma. Bulan lalu, dia menggunakan duitnya sendiri untuk menamatkan kontrak bersama pasukan Sepanyol, Deportivo La Coruna, atas sebab peribadi. Apabila tiba di PSV, Perez mendedahkan dia berdepan sebilangan isu keluarga.

"Ketika saya berumur 2 tahun, ibu bapa saya meletakkan saya di rumah anak yatim kerana mereka tidak boleh atau tidak mahu menjaga saya," kata Perez dalam temu bual dengan Cope.

"Selepas itu, datuk dan nenek saya menerima saya. Musim ini, saya menerima satu lagi aduan daripada bapa saya, meminta saya membayar nafkah kepadanya sepanjang hayatnya. Sejak itu, saya mengalami banyak tekanan, sentiasa berhadapan dengan pergolakan emosi dari masa lalu saya."

Perez, dilahirkan pada tahun 1988, di A Corua, Galicia, Sepanyol, bermain 1,630 minit dalam La Liga dua musim ini, menjaringkan empat gol dan melakukan empat bantuan untuk Deportivo.

Kemuncak kerjayanya datang pada musim 2015-2016, di mana dia menjaringkan 17 gol dalam 36 perlawanan LaLiga sebelum berpindah ke Arsenal. Bagaimanapun, dia hanya bermain satu musim bersama The Gunners, menjaringkan tujuh gol dalam 21 penampilan.

Perez teringat menerima faks daripada ibunya yang meminta wang sebaik sahaja dia menyertai Arsenal, salah satu kelab terbesar di England.

"Dia tidak berhak meminta wang kerana dia tidak disenaraikan sebagai penjaga saya," tambahnya. 

"Sebelum ini, datuk dan nenek saya meminta hak penjagaan saya, kemudian mereka hanya menambah nama bapa saya ke dalam senarai. Saya bernasib baik kerana mempunyai datuk dan nenek saya, tetapi mereka tidak hidup cukup lama."

Advertisement

Must Watch Video