Luis Suarez adalah salah seorang pemain terbaik dunia dan golnya ketika menentang Arab Saudi akan membantunya, menurut rakan sepasukan Uruguay, Cristhian Stuani.
Suarez menandakan penampilannya yang ke-100 untuk Uruguay dengan jaringan tunggal dalam kemenangan 1-0 ke atas Arab Saudi dalam Kumpulan A, Piala Dunia di Rostov Arena, Rabu lalu.
Stuani memuji penjaring terbanyak sepanjang zaman Uruguay itu -- yang telah mengumpul 52 gol -- ketika negaranya dilihat akan memastikan tempat teratas dalam Kumpulan A dengan kemenangan ke atas Russia di Samara Arena, esok.
"Bagi kami, sangat penting untuk mempunyai Luis dalam pasukan kami kerana dia adalah pemain bertaraf dunia, dan dia adalah salah seorang penyerang paling penting di dunia, dan dia ada di sini bersama kami," katanya.
"Mencapai 100 perlawanan antarabangsa dalam prestasi sedemikian sangat penting dan juga sukar. Ia memerlukan banyak usaha dan pengorbanan.
"Kami sangat gembira dengannya, dia dapat menemui gol dalam perlawanan menentang Arab Saudi dan jaringan itu akan membantunya dan membantu pasukan.
"Kami bernasib baik kerana mempunyai ramai pemain bertaraf dunia untuk mengukuhkan pasukan. Diharapkan (Suarez) akan terus memberi prestasi yang terbaik untuk membolehkan statistiknya terus berkembang," katanya.
Uruguay meraih dua kemenangan 1-0 berturut-turut ketika memulakan Piala Dunia untuk memastikan tempat mereka dalam pusingan 16.