Eusebio Di Francesco menyifatkan Roma melepaskan peluang dan memuji persembahan penjaga gol Barcelona, Marc-Andre Ter Stegen, selepas tewas 4-1 dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL), di Nou Camp, awal pagi tadi.
Roma berjaya mengekang asakan tuan rumah dengan baik hingga gol sendiri Daniele De Rossi dan Kostas Manolas meleburkan segala usaha yang ditampilkan oleh kelab Serie A itu.
Skuad kendalian Di Francesco itu cuba memberikan asakan tetapi Gerard Pique menjadikan kedudukan 3-0 dan terlalu jauh untuk dikejar Roma.
Roma mengurangkan defisit jaringan hasil daripada gol Edin Dzeko tetapi Luis Suarez memberikan kemenangan 4-1 buat Barca, yang menyukarkan keadaan Roma bagi aksi timbal balik di Stadio Olimpico.
"Saya berasakan keputusan ini tidak adil di atas persembahan kami," katanya. "Semua orang melakukan kesilapan dan gagal bertindak pantas menangani isu ini.
Ter Stegen cemerlang menampan percubaan Roma di penghujung permainan dan dipuji oleh Di Francesco.
"Ramai pihak yang sering menyifatkan kebolehan yang dimiliki oleh penjaga gol kami (Alisson) tetapi kami juga berpandangan penjaga gol Barcelona turut mempamerkan aksi cemerlang."