Didier Deschamps berharap Perancis dapat menyekat bintang utama Argentina, Lionel Messi, tetapi menerima kebolehan pemain itu untuk mencetus sesuatu dalam perlawanan pusingan kalah mati ini.
Perancis mudah layak ke pusingan kalah mati dan dapat merehatkan pemain-pemain utama ketika berdepan Denmark dalam aksi terakhir kumpulan, sesuatu yang tidak dapat dilakukan Argentina.
Messi memberikan bibit-bibit magis ketika menewaskan Nigeria, memberikan gol pendahuluan kepada Argentina dan meraih kemenangan 2-1 hasil jaringan Marcos Rojo dan menempah slot ke pusingan seterusnya berdepan Perancis di Kazan.
Mengagumi perjalanan Argentina layak ke pusingan ini, Deschamps menyedari Messi berkebolehan untuk menghantar Perancis pulang.
"Messi adalah Messi," kata Deschamps.
"Lihat kepada statistiknya, 65 gol dalam 127 perlawanan. Kami berharap dapat mengekang pergerakannya kerana dia mampu mencetus sesuatu buat pasukannya.
"Ketika anda berdepan Argentina dan Messi, terdapat beberapa cara untuk mengehadkan impaknya. Tetapi mereka adalah pasukan yang berpengalaman, mereka sudah biasa bermain di bawah tekanan.
"Perancis kekurangan perkara ini dan ia bukan alasan tetapi ia adalah realiti. Kami akan berusaha untuk bermain dengan baik," katanya lagi.