Skip to main content

Bola Sepak

Deretan pasukan mahu uji Harimau Malaya -- pemerhati sukan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

harimau-malaya.jpg
"Banyak pasukan mahu lawan kita."

Pemerhati bola sepak negara, Azlan Johar, percaya saham Harimau Malaya melonjak tinggi hasil kemenangan bergaya 4-0 ke atas Vietnam dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2027.

Azlan ketika ditemu bual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, mengakui kejayaan itu pastinya membuka mata pasukan handalan untuk beradu kekuatan dengan skuad negara.

Pandangan Azlan juga berlandaskan kedudukan skuad negara dalam ranking dunia yang dijangka melonjak lima anak tangga ke ranking ke-126 dunia berbanding ke-131 dunia.

Peningkatan ranking boleh membuka ruang buat skuad negara menerima jemputan perlawanan berkualiti, sekali gus mengangkat profil Harimau Malaya di peringkat antarabangsa.

"Saya yakin pasukan di ranking lebih rendah mahu mengadakan perlawanan persahabatan dengan Malaysia.

"Dan kali ini mereka pula yang berebut-rebut untuk datang bermain dengan Malaysia," katanya yang menjuarai Pestabola Merdeka 1986.

Skuad negara seterusnya bakal mengharungi sekurang-kurangnya dua perlawanan persahabatan dalam kalendar perlawanan antarabangsa dari 1 hingga 9 September ini.

Ia sebagai persediaan untuk dua perlawanan kelayakan bertemu Laos di tempat lawan dan laman sendiri, Oktober depan.

Tatkala pasukan dari kelompok 100 dunia seperti Jepun, Korea Selatan, Arab Saudi dan Uzbekistan antara pasukan gergasi yang ditagih untuk dijadikan sebagai lawan buat anak buah Peter Cklamovski.

"Jangan terlalu awal meletakkan harapan yang tinggi walaupun ini satu permulaan yang baik. 

"Kita mengharapkan pemain-pemain ini mampu bermain dengan baik sebagai satu pasukan dan menunjukkan satu penanda aras yang lebih bermutu di peringkat antarabangsa," katanya lagi. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video