Skip to main content

Bola Sepak

Derby Seberang Tambak: Cklamovski mahu DNA Harimau Malaya terus menyerlah

peter-cklamovski.jpg
Ketua jurulatih kebangsaan, Peter Cklamovski, ingin memastikan kesinambungan rentak cemerlang Harimau Malaya di bawah pimpinannya dan menagih kesemua anak buahnya agar sentiasa bersedia untuk menggalas tanggungjawab besar menjelang pertemuan 'derby Seberang Tambak" di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.  

Cklamovski memulakan tiga tugasan pertamanya menentang Nepal, Cape Verde dan Vietnam dengan prestasi yang memuaskan, lantas menegaskan rentak itu harus dikekalkan meskipun tidak menyenaraikan pemain warisan, Hector Hevel, dalam panggil antarabangsa berdepan Singapura dan Palestin. 

"Ini peluang untuk pemain lain menonjolkan diri. 

"Kami perlu terapkan semangat ingin berikan persembahan hebat tidak kira siapa yang diturunkan. 

"Ia satu cabaran dan ujian yang bagus untuk pasukan.





"Masih banyak lagi yang perlu dilakukan. Kami perlu kekal rendah dan terus kerja keras. 

"Saya mahukan lebih banyak jaringkan gol di samping tidak dibolosi," katanya dalam sidang media praperlawanan, sebentar tadi. 

Dalam masa sama, Cklamovski mahu DNA Harimau Malaya terus diperkemaskan sebagai langkah persiapan menghadapi Laos dalam kelayakan Piala Asia 2027 pada bulan depan. 

"(Saya mahukan) corak permainan dan identiti (permainan) yang menawarkan inspirasi kepada negara. 

"Ia satu perlawanan yang sukar dan kami mengadakan persiapan untuk menghadapinya.

"Perlawanan ini juga sebagai persiapan untuk menghadapi aksi Oktober (kelayakan Piala Asia 2027). 

"Ini satu peluang untuk saya membentuk pasukan," katanya. 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video