DENMARK 0 PERANCIS 0
Denmark mengikuti jejak langkah pemenang Kumpulan C, Perancis, untuk mara ke pusingan 16 dengan keputusan seri tanpa jaringan yang pertama dalam Piala Dunia Russia 2018 di Stadium Luzhniki, sebentar tadi.
Perancis telah lebih dahulu layak dan Denmark memerlukan satu mata untuk memastikan mereka menyertai pusingan kalah mati.
Didier Deschamps, yang merehatkan pemain utama seperti Paul Pogba dan Hugo Lloris sementara Kylian Mbappe hadir sebagai pemain gantian, mahu memastikan tiada pemain yang dihimpit kecederaan menjelang aksi pusingan seterusnya.
Enam pertukaran yang dilakukan oleh Deschamps menghalang peluang buat mereka mencipta kemenangan dan meraih mata maksimum, dengan Antoine Griezmann dilihat bergelut untuk mencari ramun terbaik ketika bergandingan dengan Olivier Giroud.
Selepas mengungguli Kumpulan C, Perancis berada di landasan bertemu Argentina jika Lionel Messi mampu membantu pasukannya mengatasi Nigeria.
Denmark pula, yang bakal berdepan Croatia, berpuas hati dengan seri 0-0 -- mara ke pusingan kalah mati buat kali pertama sejak 2002, dengan bintang Tottenham, Christian Eriksen, menjadi ancaman utama buat lawan.