Skip to main content

Bola Sepak

'Dengan revolusi dilakukan TMJ, ranking Harimau Malaya akan terus meningkat'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hamidinnn.jpg
Kedudukan 100 terbaik dunia bakal berlaku kepada skuad Harimau Malaya dengan tempoh masa paling lama kurang sekurang-kurangnya tiga tahun daripada sekarang.

Presiden Kehormat Persatuan Bolasepak Malaysia, Tan Sri Hamidin Mohd Amin, tidak berasa ragu dengan keupayaan skuad revolusi skuad kebangsaan dan hasratnya untuk melihat Malaysia muncul sebagai gergasi bola sepak di Asia Tenggara bakal berlaku dalam masa terdekat.

"Jika katakana semua pihak memberikan Kerjasama tidak mustahil dua atau tiga tahun lagi kita akan ke sana, tetapi bukan Malaysia saja yang berusaha tetapi negara lain juga lakukan perkara sama untuk tingkatkan skuad kebangsaan mereka," katanya.

Selepas ranking negara melonjak sebanyak enam anak tangga untuk menduduki ranking ke-1245 ketika ini, gambaran Hamidin terarah kepada lebih banyak kejutan dan pergerakan ranking yang bakal berlaku selepas ini.

"Bagi saya mudah, saya pernah katakana Ketika saya ambil alih Ketika di ranking ke-168 dan lima hingga enam tahun hingga ranking 131.

"Kita daki sekarang di ranking ke-125, peningkatan perlu ada selain usaha berterusan.

"Saya rasa dengan revolusi yang dilakukan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail ini, saya rasa kita (ranking Harimau Malaya) akan dapat terus meningkat." tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video