"Saya cukup seronok di sini. Saya gembira menjadi sebahagian daripada warga Kuching dan Sarawak," kata Demerson Bruno Costa, 31 tahun.
Pemain berasal dari Belo Horizonte, Brazil itu bukan melaungkan retorik mengenai cinta pandang pertamanya kepada Bumi Kenyalang.
Ini kerana biarpun kurang enam bulan berada di Sarawak, dia mampu menyanyikan lagu rasmi negeri, 'Ibu Pertiwiku', dengan lancar dan mula menggemari masakan tempatan.
Malah, kesungguhannya menyanyikan lagu itu dengan menghafal liriknya, cukup mengagumkan hingga mendapat pujian rakyat Sarawak.
Kata Bruno Costa, dia berasa tenang dan gembira dengan penerimaan dan layanan penduduk Sarawak, malah berkesempatan meraikan sambutan Aidilfitri bersama mereka.
Ia juga sebenarnya terapi yang baik untuk membolehkan pemain berketinggian 1.85 meter itu melupakan insiden hitam dalam hidupnya.
Pada 12 Mei tahun lalu, Demerson telah menyertai kelab Chapecoense tetapi tidak bersama-sama rakan sepasukan ketika mereka menaiki pesawat 2933 LaMia Airlines yang menyertai aksi akhir Copa Sudamericana 2016.
Demerson bernasib baik kerana pesawat tersebut kemudian terlibat dalam nahas dan mengorbankan kesemua 19 rakan sepasukannya.
Bruno Costa yang kini tinggal di Kuching bersama isteri dan dua anak merekaa, kini cukup gembira menikmati keindahan Sarawak.
Malah, mereka turut berkesempatan menyusuri Sungai Sarawak menggunakan bot pelancong, baru-baru ini.
Mengenai aksi bertemu Kelantan malam esok, Bruno Costa yaki, kesemua pemain akan memberikan aksi terbaik untuk membawa pulang mata.
Ini dibuktikan dengan latihan bersungguh-sungguh selain persefahaman yang semakin menyerlah dalam kalangan rakan sepasukan.
Dalam aksi menentang Kelantan kelak, Bruno akan berkubu bersama-sama Hairol Mokhtar manakala tiga rakan import lain, Mateo Roskam, Milos Raickovic Rai dan Mohd Sahil Suhaimi akan membentuk barisan penggempur.