Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Dembele sertai Brighton sekadar spekulasi -- Hughton

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

050118moussa-dembele.jpg
Chris Hughton menolak spekulasi mengenai penyerang Celtic, Moussa Dembele, yang dijangka menyertai Brighton and Hove Albion, bulan ini.

Terdapat laporan yang menyatakan pemain berusia 21 tahun itu semakin hampir menyertai Brighton, dengan pengendali Celtic, Brendan Rodgers, tidak dapat memberikan jaminan mengenai masa depan penyerang itu.

Dembele meledak 17 gol dalam saingan Liga Perdana Scotland musim lalu, sekaligus membina reputasi sebagai salah penyerang muda berkualiti di Eropah dan Real Madrid dan Chelsea merupakan antara kelab yang berminat menandatanganinya.

Bagaimanapun, Dembele gagal mengulangi pencapaian musim lalu kerana mengalami kecederaan hamstring, dengan hanya empat gol berjaya dihasilkan bagi musim 2017-18 walauapun Celtic masih di landasan terbaik untuk mempertahankan kejuaraan liga mereka.

Brighton menduduki tanggai ke-12 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi bergelut mencetak jaringan -- mereka sekadar menjaringkan 17 gol.

Hughton menolak khabar angin penghijrahan penyerang itu, bagaimanapun Dembele dilihat sebagai jalan penyelesaian buat pasukannya.

"Berita mengenai Dembele adalah sekadar spekulasi semata-mata," kata Hughton.

"Dia merupakan seorang penyerang berkualiti, mampu mempertingkatkan mutu jentera serangan kami. Tetapi Dembele tidak berada dalam perancangan kami."

Hughton turut menafikan dakwaan bakal menjual pertahanan, Lewis Dunk, yang telah menerima panggilan beraksi bersama England apabila menyerlah dalam saingan EPL.

"Dunk merupakan pemain yang amat baik buat pasukan kami. Persembahannya semakin meningkat setiap musim.

"Kami tidak mahu kehilangannya dan berharap untuk terus mengekalkannya hingga penghujung musim ini."

Advertisement

Must Watch Video