Skip to main content

Bola Sepak

Dembele lanjut kontrak dua tahun di Barcelona

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dembele.jpg
Barcelona mengesahkan bahawa Ousmane Dembele telah bersetuju untuk menandatangani kesepakatan baru selama dua tahun di Camp Nou.

Kontrak lima tahun yang ditandatangani Dembele ketika menyertai Barca daripada Borussia Dortmund pada 2017 sepatutnya tamat pada penghujung bulan lalu.

Seperti yang dijangkakan, pemain kebangsaan Perancis itu bersetuju untuk menandatangani satu kontrak baru yang akan mengikatnya bersama kelab itu sehingga penghunjung musim 2023-24.

Ia merupakan sesuatu yang berbeza pada Januari lalu, di mana Barca mengeaskan bahawa mereka bersedia untuk melepaskan pemain sayap berkenaan secara perpindahan percuma pada penghujung musim selepas Dembele, 25, enggan menandatangani kontrak baru.

Tetapi semalam, Barca mengesahkan bahawa Dembele akan kekal bersama kelab gergasi Catalan itu.

Advertisement

Must Watch Video