Skip to main content

Bola Sepak

Delph pulang ke England sambut kelahiran anak

delph.jpg
Pemain tengah England, Fabian Delph, kembali ke England semasa Piala Dunia Russia demi menyambut kelahiran anak ketiga.

Pemain berusia 28 tahun itu memainkan peranan penuh dalam kekalahan 0-1 England kepada Belgium awal pagi tadi selain bangkit dari bangku simpanan untuk kemenangan selesa 6-1 The Three Lions ke atas Panama.

Pemain Manchester City itu mendapat lampu hijau daripada jurulatih England, Gareth Southgate, untuk meninggalkan kem latihan negara buat sementara waktu dan dijangka kembali menjelang pertembuan pusingan 16 dengan Colombia, Selasa depan. 

Isteri Delph, Natalie, dijangka melahirkan anak ketiga pasangan berkenaan esok dan hal itu disedari Southgate sejak skuad itu dikumpulkan untuk memulakan persediaan kempen di Russia. 

Bulan lalu, Delph bercakap tentang situasi itu dan mendedahkan sokongan yang diterimanya daripada Southgate mengenai keinginannya untuk menghadiri kelahiran anaknya.

"Gareth Southgate seorang yang hebat, tiada yang lebih penting berbanding keluarga saya -- keluarga perlu didahulukan dan akan kekal begitu," kata Delph bulan lalu. 

Kekalahan England kepada Belgium bermakna skuad The Three Lions mengakhiri Kumpulan H di tangga kedua di belakang skuad kendalian Roberto Martinez itu yang akan menghadapi Jepun pada Isnin nanti. 
 

Advertisement

Must Watch Video