Skip to main content

Bola Sepak

Declan Rice resah prestasi longlai West Ham

declan-rice-west-ham.jpg
EVERTON 1 WEST HAM 0 

Ketua pasukan West Ham, Declan Rice, berharap mereka dapat menggunakan kesempatan jadual antarabangsa untuk mengatasi kepincangan musim ini. 

Jaringan tunggal perlawanan oleh Neal Maupay dalam babak kedua di Goodison Park itu secara tidak langsung memberikan Everton kemenangan sulung dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Situasi itu meletakkan kelab London berkenaan di kedudukan ke-18 sambil berharap rehat dua minggu ini dapat memberi peluang kepada pengurus, David Moyes, memikirkan langkah kebangkitan. 

“Kami sebagai pemain termasuk saya, kami tahu kami tidak sepatutnya berada di kedudukan seperti ini dalam EPL. 

"Apabila anda melihat carta EPL, ia mengerikan untuk dilihat. Kami tidak mahu berada di sana, dua musim lalu adalah sesuatu yang positif buat kelab ini tetapi kini terpulang kepada kami sebagai pemain untuk mendapatkan keputusan bersama skuad yang kami ada," katanya selepas perlawanan dalam laman sesawang rasmi kelab. 





Malah, Rice enggan menuding jari terhadap kekalahan sambil menegaskan mereka melakukan terlalu banyak kesilapan yang menjadi punca mereka mudah kehilangan bola dalam separuh masa pertama. 

"Di tahap ini, anda tidak boleh melakukannya. 

"Kehilangan bola bukan perkara utama tetapi ia adalah kesilapan yang sama."


 

Advertisement

Must Watch Video