Skip to main content

Bola Sepak

De Jong tersenarai dalam skuad jelajah pramusim Barcelona di AS

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

de-jong.jpg
Pemain yang sedang disasarkan Manchester United, Frenkie de Jong, dinamakan dalam senarai pemain Barcelona bagi jelajah pramusim di Amerika Syarikat (AS).

Pemain baru, Franck Kessie, Andreas Christensen dan Raphinha, turut disenaraikan oleh ketua jurulatih, Xavi, yang pasukannya akan beraksi dalam empat perlawanan sebagai persiapan sebelum memulakan kempen baru Laliga.

Blaugrana akan bertemu Inter Miami, Real Madrid, Juventus dan New York Red Bulls sepanjang di AS, di mana ia akan turut disertai De Jong di sebalik spekulasi mengenai masa depannya.

Awal minggu ini, United dan Barcelona dilaporkan telah bersetuju dengan satu kesepakatan bernilai €75 juta (RM336.74 juta) untuk membawa pemain kebangsaan Belanda itu ke Old Trafford.

Bagaimanapun, pemain tengah itu -- yang berpotensi untuk kembali bergabung dengan bekas pengurus Ajax, Erik ten Hag, di United -- dilaporkan tidak mahu meninggalkan Camp Nou.

Walaupun agak sibuk dalam jendela perpindahan kali ini, Barcelona dilaporkan tidak boleh mendaftarkan pemain baru mereka berikutan undang-undang kewangan fair play, di mana mereka perlu mencairkan aset mereka untuk menyelesaikan isu itu.

Bagaimanapun, Presiden kelab itu, Joan Laporta, semalam menafikan bahawa mereka perlu menjual De Jong.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video