Skip to main content

Bola Sepak

De Gea sedia terima cabaran berdepan Messi

lionel-messi-cropped_sj9n9objdd9c1neqwangd3okz.jpg
David de Gea mengalu-alukan cabaran berdepan Lionel Messi ketika bintang Argentina itu berusaha untuk pulih daripada kecederaan hamstring menjelang perlawanan persahabatan menentang Sepanyol di Madrid, awal pagi esok.

Messi direhatkan dalam kemenangan 2-0 Argentina ke atas Itali di Manchester minggu lalu tetapi dijangka turun di Wanda Metropolitano.

Dan ketika kemasukan pemain berbahaya berusia 30 tahun itu yang boleh menjadikan hari yang sibuk untuk De Gea, penjaga gol Manchester United itu nyata tidak bimbang.

"Sebagai penjaga gol, ia adalah satu cabaran untuk menghadapi Messi," kata De Gea.

"Tetapi kita mahukan pemain terbaik berada di padang dan Messi adalah salah seorang daripada mereka. Ia sentiasa istimewa untuk bermain menentangnya."

Pemain Bayern Munich, Thiago Alcantara, yang juga bekas rakan sepasukan Messi di Barca, menawarkan peringatan bahawa pemenang lima kali Ballon d'Or itu bukanlah satu-satunya ancaman dalam skuad La Albiceleste.

"Messi adalah salah seorang penentu dalam pasukan (Barca) dan pasukan kebangsaan (Argentina), tetapi pasukannya lebih (daripada hanya Messi)," katanya.

"Argentina tahu bagaimana untuk memberi tekanan, bermain, dan menyerang, mereka adalah pemusnah."

Advertisement

Must Watch Video