Kevin De Bruyne percaya jadual padat Manchester City dalam memburu pelbagai kejuaraan memainkan peranan dalam kecederaan terbaru yang dialaminya.
De Bruyne dibawa keluar sebelum rehat akibat kecederaan paha ketika City menundukkan Bournemouth 1-0 kelmarin manakala penggantinya, Riyad Mahrez, menyumbat gol kemenangan pada minit ke-55.
Bintang Belgium berusia 27 tahun itu menjadi tonggak utama dalam membantu City menjulang kejuaraan liga musim lalu tetapi kini bergelut dengan beberapa kecederaan melibatkan bahagian lutut.
Dia dinamakan dalam kesebelasan utama ketika City menundukkan Schalke 3-2 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah sebelum membantu pasukannya mengekalkan Piala Liga susulan kejayaan mengatasi Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti minggu lalu.
"Ia berlaku. Saya tidak rasa kali ini ia begitu teruk," kata De Bruyne.
"Saya rasa kali ini ia sedikit tegang. Saya melakukan satu hantaran dan berasa tidak selesa, jadi saya keluar. Lebih baik untuk tidak mengambil risiko.
"Saya dapat rasakan sesuatu tetapi ia tidak terlalu teruk.
"Tidak, kecederaan tidak membuatkan saya kecewa kerana ia akan berlaku. Saya kembali dan memerlukan sedikit masa kerana sudah berehat selama enam bulan.
"Namun, dalam dua bulan terakhir, saya beraksi hampir kesemua perlawanan dan berasa bagus. Kini, saya mengalami sedikit kesakitan tetapi kami melalui 10 hari yang getir dengan empat perlawanan.
"Mungkin ia begitu tetapi kami menghadapi beberapa masalah kecederaan dan saya tidak fikir ia terlalu teruk."
City dan Liverpool kini berebut kejuaraan liga tatkala anak buah Pep Guardiola mendahului satu mata di tangga teratas susulan keputusan seri 0-0 yang diraih The Reds ketika berdepan Everton awal pagi tadi.