Skip to main content

Bola Sepak

David Luiz sekali lagi tersisih daripada skuad Brazil

david-luiz-s-brazil-exile-continues-as-casemiro-returns.jpg

Pengendali Brazil, Tite, sekali lagi mengetepikan pertahanan Chelsea, David Luiz, menjelang aksi kelayakan Piala Dunia berdepan Uruguay dan Paraguay.

Kali terakhir Luiz beraksi adalah ketika Brazil melakar keputusan seri 2-2 dengan Uruguay pada Mac 2016, dengan Tite mengetepikan pemain itu sejak mengambil alih The Selecao pada Jun tahun lalu.

Bek tengah itu telah menampilkan aksi mantap musim ini untuk membantu Chelsea berada di persada Liga Perdana Inggeris, namun ia masih tidak cukup untuk kembali menyarung jersi negaranya.

Sementara itu, pemain tengah Real Madrid, Casemiro, kembali disenaraikan selepas terlepas empat aksi kelayakan sebelum ini ekoran masalah kecederaan manakala perancang Flamengo, Diego, turut diketepikan ekoran kecederaan.

Penyerang Sport Recife, Diego Souza, adalah antara yang tersenarai bagi menggantikan Gabriel Jesus yang mengalami kecederaan jangka panjang.

Brazil bakal berdepan Uruguay di Montevideo pada 23 Mac ini sebelum menerima kunjungan Paraguay di Sao Paulo, lima hari kemudian.

Mereka kini mendahulu saingan kelayakan dengan 27 mata daripada 12 perlawanan, empat mata di hadapan Uruguay.

Berikut senarai penuh pemain:

Penjaga gol
Alisson (Roma), Weverton (Atletico PR), Ederson (Benfica)

Pertahanan
Marquinhos, (PSG) Thiago Silva (PSG) Miranda (Inter) Gil (Shandong Luneng), Dani Alves (Juventus), Fagner (Corinthians), Filipe Luis (Atletico Madrid, Marcelo (Real Madrid)

Tengah
Casemiro (Real Madrid), Fernandinho (Manchester City), Paulinho (Guangzhou Evergrande), Giuliano (Zenit), Renato Augusto (Beijing Guoan), Diego (Flamengo) Philippe Coutinho (Liverpool), Willian (Chelsea)

Penyerang
Neymar (Barcelona), Douglas Costa (Bayern Munich) Roberto Firmino (Liverpool) Diego Souza (Sport)


Advertisement

Must Watch Video