LIVERPOOL 1 WEST HAM 0
Jurgen Klopp percaya Darwin Nunez telah "tiba 100 peratus" selepas penyerang Uruguay itu menjaringkan gol kemenangan buat Liverpool ketika membenam West Ham di Anfield, awal pagi tadi.
Nunez yang bergelut sejak perpindahannya daripada Benfica mempamerkan persembahan penuh bertenaga ketika berdepan The Hammers apabila menanduk masuk hantaran lintang Kostas Tsimikas malah satu daripada enam percubaan menariknya dipatahkan penjaga gol, Lukasz Fabianski, dan satu lagi singgah di tiang.
Bagaimanapun, pemain berusia 23 tahun itu dikeluarkan pada minit ke-56 minit sebagai langkah berjaga-jaga.
Nunez kini mengumpul lima gol dalam 12 perlawanan (enam daripada dalam barisan utama) selain telah menemui tiga sentuhan pemusnah dalam empat penampilan terakhirnya.
"Ia penting. Dia menjaringkan gol dalam beberapa perlawanan terakhir. Dia kini tiba 100 peratus," kata pengurus itu dalam sidang media selepas perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan.
"Ketika rehat dia mengadu masalah kecil di ototnya tetapi semuanya baik-baik saja dan selepas lima minit (separuh masa kedua), saya bimbang dia asyik memecut sambil perlu meregangkan kakinya. Jadi saya fikir kami tidak boleh mengambil risiko itu dan itulah sebabnya kami buat pertukaran."
Walaupun mempunyai beberapa peluang untuk menambah gol selepas jaringan Nunez itu pada minit ke-22, The Reds diberi tekanan hebat oleh barisan anak buah David Moyes.
Alisson turut memainkan peranan penting apabila menyelamatkan sepakan penalti Jarrod Bowen selepas penyerang itu dijatuhkan oleh Joe Gomez sebelum rehat.
The Reds bertahan untuk kemenangan 1-0 kedua dalam tempoh seminggu sejak menewaskan Manchester City, lantas Klopp mengakui ia adalah satu lagi tiga mata yang sukar untuk dipungut.

“Ini adalah perlawanan EPL dan saya sukar mengingati sebarang perlawanan mudah dalam tempoh tujuh tahun ini, jadi malam ini pastinya tidak mudah,” katanya.
"Tetapi kami bermain dengan cukup baik dan dalam beberapa detik, kami sangat bagus. Pada akhirnya, ia permainan yang cukup baik untuk kami berhak meraih tiga mata.
"Ia adalah keputusan 1-0 kedua berturut-turut yang sangat baik. Ia satu keputusan yang cemerlang. Jelas sekali kami masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan, ia sentiasa berlaku dan malam ini juga.
"Tetapi ketika ini, kami mempunyai tiga mata lebih daripada sebelum ini dan ia terasa besar."