Skip to main content

Bola Sepak

Darren Lok sah milik Terengganu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

img_5354.jpg
Bekas penyerang kebangsaan, Darren Lok, akhirnya disahkan menyarung jersi Terengganu FC (TFC) bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) 2020.

Status pemain kelahiran England itu sebelum ini menjadi bualan selepas bersama skuad TFC sejak seminggu lalu dan turut mengikuti siri jelajah pramusim ke Bangkok, Thailand.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Darren sah menandatangani kontrak setahun apabila berjaya memikat hati pengendali, Mohd Nafuzi Zain, serta barisan kejurulatihan TFC.

"Saya lihat pengalaman Darren bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) dan pasukan kebangsaan menjadi aset untuk memperkemaskan jentera serangan kami," jelas Nafuzi.

Untuk rekod, Darren memulakan kariernya bersama kelab tempatan England, Eastbourne Borough, pada 2013 sebelum berhijrah ke JDT pada 2016.

Tahun sama turut menyaksikannya dibawa Datuk Ong Kim Swee ke dalam skuad kebangsaan menghadapi Piala AFF Suzuki di Yangon, Myanmar.

Kredit foto: Terengganu FC (TFC)



Editor: Ammar Hakim

Advertisement

Must Watch Video